HUKUM NIKAH DI THAILAND SAH ATAU TIDAK SAH
Hukum
nikah di luar negara termasuk nikah di Thailand adalah sah dengan syarat:
1.
Pernikahan itu mengikut rukun nikah
2.
Pernikahan itu melebihi dua marhalah
3.
Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas
alasan syarak di tempat dia bermastautin.
4.
Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah
negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia
ditauliahkan sebagai wali hakim.
*
Jarak Dua Marhalah: 92 kilometer
* Dikeluarkan Oleh: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-52
* Tarikh Muzakarah: 1 Julai 2002
* Tarikh Keputusan: 1 Julai 2002
Sumber: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia
HUKUM KAHWIN LARI MENINGGALKAN WALI MELEBIHI DUA
MARHALAH
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan persoalan
perkahwinan lari meninggalkan wali melebihi dua marhalah mengikut Mazhab
Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh
jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari
wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.
HUKUM MENGAHWINI PEREMPUAN YANG SEDANG MENGANDUNG
ANAK TIDAK SAH TARAF
Persidangan
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini
Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Tidak Sah taraf. Persidangan telah memutuskan
bahawa perempuan yang sedang mengandung anak tidak sah taraf harus
dinikahkan tetapi dengan syarat anaknya tidak boleh dinasabkan kepada
lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan
lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.
Berpandukan
fatwa di atas, tidak perlu diragui lagi bahawa hukum nikah di Thailand, seperti
di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla, ialah "sah".
Dapatkan Pakej Nikah di Thailand Yang Sah, Lengkap, Dan
Diiktiraf, Hubungi En. Arief atau Pn. Busyra di talian:
014-677-3082