Thursday, 2 March 2017

HUKUM, RUKUN, DAN SYARAT NIKAH



5 HUKUM NIKAH
 
Sebahagian para ulama membahagikan hukum nikah kepada 5 hukum berikut:
  
1. Harus bagi orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

2.Wajib bagi orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskannya ke dalam kemaksiatan (perzinaan dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang berkemampuan untuk berkahwin.

3. Sunat bagi orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunyadari godaan.

4. Makruh bagi orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat atau orang yang mempunyai keinginan atau hasrat bernikah tetapi ia belum mempunyai bekalan untuk memberi nafkah dan menanggung isterinya. 

5. Haram bagi orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah zahir dan batin serta ia sendiri tidak berkuasa (lemah) dan tiada keinginan berkahwin. Atau dia mempunyai niat yang buruk, seperti berniat menyakiti dan menganiaya perempuan yang bakal dikahwininya.



RUKUN NIKAH

1. Pengantin lelaki (Suami)
2. Pengantin perempuan (Isteri)
3. Wali
4. Dua orang saksi lelaki
5. Ijab dan qabul (akad nikah)



SYARAT SAH NIKAH

Syarat bakal suami

1. Islam
2. Lelaki yang tertentu
3. Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
4. Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
6. Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
7. Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
8. Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

Syarat bakal isteri

1. Islam
2. Perempuan yang tertentu
3. Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
4. Bukan seorang khunsa
5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
6. Tidak dalam idah
7. Bukan isteri orang

Syarat wali

1. Islam, bukan kafir dan murtad
2. Lelaki dan bukannya perempuan
3. Baligh
4. Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
6. Tidak fasik
7. Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
8. Merdeka
9. Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

Syarat-syarat saksi

1. Sekurang-kurangya dua orang
2. Islam
3. Berakal
4. Baligh
5. Lelaki
6. Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
7. Dapat mendengar, melihat dan bercakap
8. Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
9. Merdeka

Syarat ijab

1. Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
2. Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
3. Diucapkan oleh wali atau wakilnya
4. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
5. Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)

*** Contoh lafaz Ijab: Wali/wakil wali berkata kepada bakal suami: "Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya / bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

Syarat qabul 

1. Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
2. Tiada perkataan sindiran
3. Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
4. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah (seperti nikah kontrak)
5. Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
6. Menyebut nama bakal isteri
7. Tidak diselangi dengan perkataan lain

***Contoh lafaz qabul (dilafazkan oleh bakal suami): "Aku terima nikahnya Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".

No comments:

Post a Comment

JOM NIKAH DI THAILAND BERSAMA EN. ARIEF

SELAMAT DATANG!!! Selamat Datang saya ucapkan kepada semua yang melawat blog saya… Diharap blog saya ini dapat membantu melunaskan ha ...