Friday, 24 March 2017

HUKUM NIKAH DI THAILAND



 HUKUM NIKAH DI THAILAND SAH ATAU TIDAK SAH

Hukum nikah di luar negara termasuk nikah di Thailand adalah sah dengan syarat: 

 1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah 
2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah 
3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin.
4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
* Jarak Dua Marhalah: 92 kilometer
* Dikeluarkan Oleh: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52
* Tarikh Muzakarah: 1 Julai 2002
* Tarikh Keputusan: 1 Julai 2002 
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


HUKUM KAHWIN LARI MENINGGALKAN WALI MELEBIHI DUA MARHALAH

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan persoalan perkahwinan lari meninggalkan wali melebihi dua marhalah mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.



HUKUM MENGAHWINI PEREMPUAN YANG SEDANG MENGANDUNG ANAK TIDAK SAH TARAF

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Tidak Sah taraf. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak tidak sah taraf harus dinikahkan tetapi dengan syarat anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.
Berpandukan fatwa di atas, tidak perlu diragui lagi bahawa hukum nikah di Thailand, seperti di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla, ialah "sah".


Dapatkan Pakej Nikah di Thailand Yang Sah, Lengkap, Dan Diiktiraf, Hubungi En. Arief atau Pn. Busyra di talian:
  
014-677-3082
 

No comments:

Post a Comment

JOM NIKAH DI THAILAND BERSAMA EN. ARIEF

SELAMAT DATANG!!! Selamat Datang saya ucapkan kepada semua yang melawat blog saya… Diharap blog saya ini dapat membantu melunaskan ha ...