Tuesday, 4 July 2017

JOM NIKAH DI THAILAND BERSAMA EN. ARIEF


SELAMAT DATANG!!!
Selamat Datang saya ucapkan kepada semua yang melawat blog saya… Diharap blog saya ini dapat membantu melunaskan hasrat di hati tuan/puan...

TENTANG DIRI SAYA

Sebelum saya membuka topik yang tuan/puan cari, ingin saya ceritakan serba sedikit tentang latar belakang saya.

Nama saya Haji Mohd Harisfadilah, tapi saya lebih selesa dengan panggilan En. Arief atau Abg Arief, tinggal di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Dah lebih 10 tahun saya berkhidmat dalam bidang komuniti. Saya juga mengendali sebuah company travel di dalam dan di luar negara dan bekerjasama dengan sebuah syarikat ANA TRAVEL di Thailand. Dalam kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk membantu dan memudahkan mereka yang memerlukan khidmat nikah kahwin di Thailand secara sah, halal, dan diredhai Allah.  

En. Arief di MAIS, Thailand

 Pada tahun 2013, saya telah bernikah dengan Busyra Mohd di Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS), Thailand. Isteri saya ni graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dia belajar bidang Pengajian al-Quran dan al-Sunnah sampai ke peringkat ijazah sarjana di UIAM. Jadi, sedikit sebanyak ilmu yang dia dapat membantunya untuk jawab persoalan-persoalan yang timbul dengan hikmah berdasarkan ilmu yang dia pelajari. Sekarang saya berkhidmat sepenuhnya bersama isteri dalam membantu pasangan yang nak bernikah secara sah di Thailand.
 
En. Arief bersama isteri selepas 
akad nikah di MAIS pada tahun 2013


*** Kami dah berjaya bernikah di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand...
*** Kami dah berjaya dapat sijil nikah dari Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand...
*** Kami dah berjaya dapat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand...
*** Kami dah berjaya dapat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Thailand...
*** Kami dah berjaya daftar nikah kami di Malaysia
*** Dan... kami dah berjaya daftar kelahiran anak kami di Jabatan Pendaftaran Negara di Malaysia...

JADI...MENGAPA TUAN/PUAN TUNGGU LAGI...?   

Dapatkan Pakej Nikah di Thailand Yang Sah, Lengkap, Dan Diiktiraf Kerajaan Malaysia... Hubungi kami segera di talian: 
014-677-3082
(En. Arief / Pn. Busyra) 

    
APA TUJUAN BLOG SAYA NI?

Blog ini saya create khas buat tuan/puan yang berhajat untuk ‘membina masjid’ di Malaysia, dalam erti kata lain nak bernikah lah…Tapi atas sebab-sebab tertentu hajat tuan/puan nak halalkan hubungan jadi rumit dan terbantut. Boleh jadi sebab wali enggan, poligami, hantaran terlalu tinggi, nak jimatkan kos, dah terlanjur, dan macam-macam lah…

Jadi, saya di sini bersama isteri ingin membantu dan memudahkan tuan/puan yang ingin teruskan hajat untuk bernikah dengan cara yang sah dari segi hukum syarak, dan dalam masa yang sama pernikahan tuan/puan diiktiraf kerajaan Malaysia...

MACAM MANA CARANYA?

Macam mana caranya? Nikah di Thailand…
Nikah di Thailand pon bukan semuanya sah tuan/puan. Kena hati-hati sebab sekarang ni banyak sindiket palsu yang cari makan dengan cara tak betul. 
Ada 6 tempat sahaja di Thailand yang sah untuk bernikah dan diiktiraf kerajaan Malaysia... 


1. Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS)
2. Majlis Agama Islam Satun
3. Majlis Agama Islam Yala
4. Majlis Agama Islam Narathiwat
5. Majlis Agama Islam Pattani
6. Majlis Agama Islam Bangkok

Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS)

Kalau ada agen yang bawak tuan/puan ke tempat selain daripada yang saya senaraikan kat atas, jangan ikut.. sebab agen yang tahu hukum dan ikhlas nak membantu tuan/puan akan bawa tuan/puan ke salah satu daripada 6 tempat tu saja…
Wajah baru pejabat MAIS

BERAPA PULAK KOSNYA?

Saya buat 2 pakej untuk tahun 2017 ni…pakej A dan pakej B…

1. PAKEJ A – (pakej 1 hari, nikah di MAIS, RM1500)

* Harga pakej ni dah termasuk semua kos transport, bayaran kat pejabat agama Islam, bayaran imam, bayaran 2 orang saksi, bayaran sijil nikah, bayaran fotostat dokumen-dokumen yang diperlukan, makan tengah hari, servis foto dan juga video…
*  Pakej ni sesuai untuk tuan/puan yang nak dapatkan sijil nikah di Thailand yang diiktiraf kerajaan Malaysia dan nak balik cepat.

2. PAKEJ B – (pakej 2 hari 1 malam, nikah di MAIS, pengesahan dokumen di Konsulat Malaysia, RM1800)

*  Harga pakej ni pon dah termasuk semua bayaran yang saya sebut kat atas, tambah kos transport untuk 2 hari pergi dan balik, penginapan di hotel untuk 1 malam, dan bayaran kepada konsulat Malaysia. Tambah tolak darab bahagi, pakej B ni lebih jimat lah…
* Pakej ni sesuai untuk tuan/puan yang nak dapatkan dokumen pernikahan yang lengkap di Thailand untuk buat pendaftaran pernikahan di Malaysia. 

***Yang penting semua kos dah termasuk dalam harga yang saya sebut td. Tuan/puan cuma perlu sediakan duit mas kahwin dan duit untuk shopping saja… mas kahwin pon tak semestinya dalam bentuk duit…cincin, al-quran, telekung, sejadah…semua pon boleh…

En. Arief bersama Yang Dipertua MAIS,
Hj Zakaria bin Saleh

Dapatkan Harga Pakej Yang Kami Tawarkan Pada Anda. Hubungi kami segera di talian: 
014-677-3082

(En. Arief / Pn. Busyra)


MACAM MANA NAK PERGI?

Saya sendiri akan bawak tuan/puan masuk ke Thailand dan terus ke MAIS. Tuan/puan perlu sampai di imigresen Bukit Kayu Hitam sebelum jam 7.00 pagi. Saya akan uruskan semuanya sehingga selesai urusan tuan/puan di sana dan pulang semula ke Malaysia bersama dokumen pernikahan yang 100% sah, lengkap, dan diiktiraf kerajaan Malaysia.

Imigresen Malaysia Bukit Kayu Hitam

Kenapa awal sangat?
Mai sini saya cerita sikit jadual perjalanannya. Jam 7.00 pagi, kita akan cop passport di imigresen Bukit Kayu Hitam. Jam 9.30 pagi kita dijangka sampai di Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS), Thailand. Sempat lah tuan/puan nak bersiap dan bermake-up setengah jam sebelum akad nikah berlangsung. Jam 10.00 pagi, akad nikah berlangsung. Dah siap akad nikah, tuan/puan akan dapat terus sijil nikah beserta cop pengesahan dari pejabat agama.

Bagi tuan/puan yang pilih pakej A, saya akan bawa pergi makan tengah hari, kemudian terus balik ke Malaysia dengan status suami dan isteri beserta sijil nikah yang 100% sah dan diiktiraf kerajaan Malaysia.

Lunch kari kambing atas permintaan pelanggan
Bagi yang pilih pakej B, jam 11.00 pagi selepas akad nikah, saya akan bawa tuan/puan terus ke pejabat Konsulat Malaysia untuk urusan penyerahan sijil nikah dan dokumen-dokumen lain untuk disahkan. Lebih kurang jam 12.30 tengah hari, saya akan bawa tuan/puan makan tengah hari dan check in di hotel area Songkhla atau Hatyai…
En. Arief di Konsulat Malaysia
Untuk hari kedua, jam 12.00 tengah hari saya akan pick-up tuan/puan dari hotel dan terus bertolak ke pejabat Konsulat Malaysia untuk urusan kutipan semua dokumen pernikahan yang telah disahkan. Jam 3.30 petang, semua urusan dijangka selesai dan bertolak pulang ke Malaysia bersama dokumen yang lengkap, 100% sah dan diiktiraf kerajaan Malaysia. Jam 5.30 petang, sampai di imigresen Bukit Kayu Hitam…

BILA BOLEH PERGI?

1. PAKEJ A:  tuan/puan boleh pilih untuk pergi nikah pada hari-hari berikut:

* Isnin
* Selasa
* Rabu
* Khamis
* Sabtu
* Ahad   

2. PAKEJ B: tuan/puan boleh pilih untuk pergi pada hari-hari berikut:

* Isnin - Selasa
* Selasa - Rabu
* Rabu - Khamis
* Khamis - Jumaat  

APA YANG PERLU DIBAWA?

Ada 4 dokumen yang perlu tuan/puan bawa untuk bernikah di sana…

1. Kad pengenalan
2. Passport / border pass: border pass cuma boleh dipohon oleh rakyat Perlis, Kedah, Kelantan, dan tiga daerah di Utara Perak. Rakyat lain di Perak dan negeri-negeri lain kena ada passport untuk masuk ke Thailand.
3. Sijil cerai asal / Sijil kematian asal (bagi janda / balu): Bagi janda pastikan tempoh ‘iddah telah tamat. MAIS menetapkan tempoh ‘iddah bagi perempuan yang bercerai adalah 3 bulan 10 hari, bukan 3 kali suci. Sebaik-baiknya tunggu untuk tempoh yang lebih panjang daripada itu.
4. Surat akuan memeluk Islam (bagi muallaf): Bagi tuan yang belum memeluk Islam, saya akan bantu uruskan proses memeluk Islam di sana.

DOKUMEN YANG DIPEROLEH? 

Ada 7 dokumen yang tuan/puan akan dapat selepas selesai urusan nikah dan pengesahan dokumen di Songkhla selama 2 hari. Saya senaraikan semua dokumen tu di bawah...
1. Surat pengesahan Konsulat Malaysia
2. Sijil nikah (disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
3. Surat pengesahan MAIS (disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
4. Salinan kad pengenalan suami dan isteri (disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
5. Salinan passport suami dan isteri (disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
6. Gambar nikah pasangan suami dan isteri bersama 3 imam bertauliah (disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
7. Resit rasmi bayaran kepada Pejabat Konsulat Malaysia

* Semua 7 dokumen yang saya senaraikan di atas perlu ada untuk daftar nikah tuan/puan  di Malaysia.

Surat pengesahan pernikahan
dari Konsulat Jeneral Malaysia [Asal]
Sijil nikah dari  MAIS [Asal]
Surat pengesahan pernikahan 
dari MAIS [Asal]

MACAM MANA NAK BOOKING TARIKH?

Tuan/puan yang berhajat untuk pergi bernikah di Majlis Agama Islam (MAIS), Thailand, boleh lah sms/whatsapp maklumat di bawah:

Nama: ………….
Nama Pasangan: .…………
Tarikh Nikah: ………….
Pakej Pilihan: …………...

Maklum balas pelanggan

*** Kalau tuan/puan ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh terus hubungi saya atau isteri saya... Call/sms/whatsapp no di bawah ni:
0146773082
(En. Arief / Pn. Busyra)


MACAM MANA NAK DAFTAR NIKAH DI MALAYSIA?

 ***Kami menyediakan khidmat guaman sebagai wakil tuan/puan bagi memudahkan dan melancarkan proses pernikahan tuan/puan di Malaysia dalam tempoh 3 bulan sahaja***

1. Sebelum mengemukakan permohonan untuk mendaftar pernikahan Thailand di Malaysia, tuan/puan perlu memastikan semua dokumen lengkap dan teratur.

2. Tuan/puan boleh memilih untuk mengurus sendiri atau menggunakan khidmat peguam bagi mendaftar pernikahan tuan/puan di Malaysia.

3. Kami menyediakan khidmat guaman sebagai wakil tuan/puan untuk menyusun semua dokumen permohonan nikah di Thailand supaya lengkap sebelum dikemukakan ke Mahkamah Syariah bagi mendapat surat perintah mahkamah untuk perbicaraan.

4. Surat perintah ini kemudiannya akan dirujuk ke unit Pendaftaran Pernikahan Cerai dan Rujuk. Pendaftar nikah akan semak semua dokumen yang dihantar dan kes akan dibawa ke mahkamah syariah untuk perbicaraan.  

5. Siasatan mengenai pernikahan luar negara dimulakan dengan mengenalpasti beberapa aspek dan kriteria, antaranya:- 

- Memastikan tempat akad nikah diiktiraf oleh negeri berkenaan. Pernikahan warganegara asing di negara Thailand mulai September 2010 hanyalah sah dilakukan di Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS), dan lima majlis agama Islam yang lain. Pekeliling ini dikeluarkan bagi mengelakkan pernikahan sendikit yang tidak diiktirafkan atau "Pernikahan Ekspres" atau jurunikah palsu.

- Memastikan jarak tempat berlakunya akad nikah dengan tempat tinggal wali bermastautin melebihi 2 marhalah atau melebihi 92 kilometer.

- Memastikan jurunikah yang menjalankan upacara nikah juga perlu mendapat tauliah dan dilantik sebagai jurunikah oleh pihak berwajib.

6. Pernikahan yang memenuhi dan menepati hukum syarak dan undang-undang akan diarah untuk didaftarkan pernikahan mengikut Enakmen Undang-Undang keluarga Islam negeri tempat permohonan dibuat.

7. Setelah selesai proses perbicaraan di mahkamah dan membayar bayaran denda yang dikenakan, pernikahan itu akan didaftarkan.

Maklum balas pelanggan

Dapatkan Khidmat Guaman Yang Kami Sediakan... 
Hubungi En. Arief atau Pn. Busyra di Talian:
014-677-3082
 
SOALAN LAZIM

Di sini saya senaraikan kemusykilan dan soalan-soalan yang sering saya terima dari pelanggan-pelanggan saya.

1. Sahkah nikah di Thailand ni encik?
Jawapan: Ya, nikah yang berlangsung di 6 tempat yang saya sebutkan sebelum ini adalah 100% sah dari segi hukum syarak. Tuan/puan tak perlu bimbang tentang ini sebab imam-imam yang dilantik untuk menikahkan pasangan telah mendapat tauliah dari JAKIM dan Majlis Agama Islam di Thailand.

2. Sijil nikah Thailand diiktiraf ke oleh kerajaan Malaysia?
Jawapan: Ya, 100% diiktiraf JAKIM dan kerajaan Malaysia. Kalau tuan/puan ditangkap berkhalwat, tuan/puan tidak boleh didakwa sebab ada sijil nikah di Thailand yang sah dan diiktiraf JAKIM dan kerajaan Malaysia.

3. Akad nikahnya di mana encik?
Jawapan: Akad nikah akan berlangsung di Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS), Thailand. Imam yang bertugas telah mendapat tauliah dari JAKIM dan MAIS untuk menikahkan tuan/puan di sana.

4. Kalau saya tak ada passport macam mana?
Jawapan: Tuan/puan kena ada passport untuk memasuki negara Thailand atas urusan apa sekalipun. Kalau tak ada passport, saya tak dapat bantu sebab saya cuma boleh bagi servis yang legal pada tuan/puan. Kalau ada agen yang bawa masuk pasangan untuk bernikah di sana tanpa ada passport yang valid, saya nasihatkan jangan ikut sebab itu hanya akan menyusahkan tuan/puan pada masa akan datang.

5. Bila boleh dapat sijil nikah?
Jawapan: Sijil nikah boleh dapat pada hari yang sama selepas selesai urusan akad nikah. Sijil nikah tu akan disahkan oleh MAIS sebelum disahkan oleh Konsulat Malaysia.

6. Boleh tak saya dapat sijil nikah dan pengesahan dari Konsulat Malaysia dalam masa 1 hari?
Jawapan: Tak boleh. Urusan di Konsulat Malaysia mesti dibuat dalam masa 2 hari bekerja. Hari pertama khusus untuk urusan penyerahan dokumen, dan hari kedua pulak khusus untuk urusan kutipan dokumen.

7. Saya telah digantung tidak bertali oleh suami dah 5 bulan, dan saya nak bernikah dengan lelaki lain. Boleh ke encik?
Jawapan: Tak boleh. Kalau ikut dari segi hukum syarak, puan masih lagi isteri yang sah kepada suami puan. Dalam kes macam ni, puan kena pergi ke pejabat agama terdekat dan memohon cerai taklik. Kalau bernikah di Thailand, boleh mohon cerai taklik di sana. Lepas dapat sijil cerai, barulah pernikahan di Thailand boleh berlangsung mengikut prosedur biasa.

8. Kami kena datang sendiri ke untuk urusan di Konsulat Malaysia?
Jawapan: Tuan/puan tak perlu datang berdua. Salah seorang daripada tuan/puan boleh datang untuk urusan penyerahan dan kutipan dokumen di Konsulat Malaysia.

9. Adakah pernikahan di Thailand mesti didaftarkan di Malaysia?
Jawapan: Pendaftaran pernikahan Thailand di Malaysia bergantung kepada keperluan dan kehendak tuan/puan. Tapi untuk kepentingan masa hadapan, lebih baik tuan/puan daftar pernikahan tuan/puan di Malaysia.

10. Kami nak daftar pernikahan kami di Malaysia. Mesti ke kami naik mahkamah untuk perbicaraan?
Jawapan: Ya, tuan/puan mesti hadir ke mahkamah untuk perbicaraan sama ada tuan/puan urus sendiri atau guna khidmat peguam. Tidak ada pengecualian.

Sebarang Pertanyaan dan Kemusykilan, Sila Hubungi kami di talian:

014-677-3082

(En. Arief / Pn. Busyra)

Tags:

Thailand Ejen Kahwin Di Thailand Nikah Cara Sah Di Thailand Sijil Nikah Thailand Hilang Nikah Songkhla Urusan Nikah Di Thailand Ejen Nikah Siam Murah Cara Nikah Poligami Nikah Luar Negara Nikah Di Songkhla Thailand Cara Nak Kahwin Di Thailand Hukum Nikah Di Thailand Tanpa Wali Kahwin Di Thailand Pakej Nikah Thailand 2017 Nikah Di Siam Sah Syarat Nikah Di Siam Agensi Nikah Di Thailand Cara Nak Nikah Di Thailand Prosedur Nikah Di Siam Sah Atau Tidak Kahwin Di Thailand Agen Nikah Di Thailand Nikah Songkla Syarat Nikah Di Thailand Nikah Wanita Yg Hamil Kat Thailand Nikah Siam 2017 Pakej Nikah Thailand Kawin Di Sempadan Thailand Hukum Nikah Di Thailand Pakej Kahwin Siam Pakej Nikah Siam Cara Kahwin Di Siam Harga Pakej Nikah Di Thailand Nikah Di Siam Agen Nikah Di Siam Nikah Sempadan Thailand Syarat Sah Nikah Di Thailand Kahwin Poligami Agen Nikah Di Songkhla Prosedur Kahwin Di Thailand Kos Perbelanjaan Kahwin Di Thailand Nikah Di Songkhla Kahwin Di Thai Prosedur Nikah Di Songkhla Harga Nikah Di Thailand Nikah Di Sempadan Thailand Nikah Di Thailand Tanpa Pengetahuan Wali Lafaz Akad Nikah Di Thailand Kos Nikah Siam Nikah Thailand 2017 Nikah Kahwin Di Thailand Prosedur Kahwin Thailand Kos Nikah Di Songkhla Kawin Siam Nikah Kat Siam Kahwin Di Sempadan Cara Daftar Nikah Di Malaysia Kahwin Songkhla Kahwin Dekat Siam Nikah Di Masjid Songkhla Daftar Nikah Di Malaysia Kahwin Di Siam Surat Pengesahan Nikah Di Thailand Nikah Di Songkhla 2017 Harga Kahwin Di Thailand Pakej Murah Nikah Di Thailand Kahwin Thailand Tanpa Agen Lafaz Akad Nikah Di Thailand

2 comments:

  1. yeah right. We used their service for this married . And guess what , once they get the money, they fuck u up. They left u in the middle of nowhere and hanging. We have to walk by ourselves because they just left and pick up thr other customers.This people pretend they r good people who want to help but NO! They r greedy. Imagine we paid rm1800, they fuck us. The result we have to go by ourselves to consulate by carpool of some gentle thailand people ( we offer money, but he declined) and when we reach there we have to pay the consulate another 600baht. Actually, they just doing the expensive taxi drop u there n there. Don’t pay them. U guys can come to songkhla then do by urself. Go to islamic centre in songkhla and get married and go to consulate. Fucking easy. They don’t even pick up u from airport like they said n not even feed u or pay for hotel. Only taxi. We’ve been fool, I don’t want anyone else to be fool like us. And the wife reply to us with really sarcastic words of no one deserves to got when u r the one who pay them. Once the wife said “u pay same like everyone else, y complaint” wow. Thank u n regards.

    ReplyDelete
  2. Omg ! Are u serious ? This agent Scammer right?

    ReplyDelete

JOM NIKAH DI THAILAND BERSAMA EN. ARIEF

SELAMAT DATANG!!! Selamat Datang saya ucapkan kepada semua yang melawat blog saya… Diharap blog saya ini dapat membantu melunaskan ha ...